Saturday 29 September 2012

3rd Class Review dan Error Code 405

Ok. Aku semangat nak cerita ni. Eh. assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan. Ari selasa yang lepas kelas 3 utk authoring system ni. Dalam masa hampir 3jam berterusan, kami belajar pasal install IIS, create site, setup database using MS Access, setup connection antara ASP ke database, setup ASP, Insert Record dan Record Set. disebabkan banyak yang perlu di pelajari, maka Dr.Zai pon kenalah ajar dengan agak laju. Walaupon laju, tapi dia tetap tunjuk step-by-step. So masih bleh follow. Tetapi bile banyak sangat yang dipelajari dalam satu kelas, aku rasa macam ilmu tu masuk-masuk-masuk-masuk. Tak sempat nak hadam 1, dah masuk-masuk-masuk-masuk lagi dan lagi dan lagi dan lagi..huhu..tapi memang patut pon. kelas master kena r blajar sendiri. tak bleh spoon feed mcm dulu lagi..

Tapi kerana jadual yang agak padat, hujung minggu ni barulah aku sempat nak install and setup segala bagai tu..mula2 ok. smooth je semua. tapi bile dah sampai nak setting up connection antara ASP dengan database tu dah jadi problem. dia keluar macam ni.



Aku dah cube macam2. cek balik address connection string, cek betol tak aku namakan file Access and aku dah ensure dy .mdb.. aku siap create site baru lagi taw. kot-kot lah..aku salah setup kan..tapi bile aku test lagi, mesti keluar lagi bende alah error code 405 ni.. tanpa putus asa aku google error code 405 for dreamweaver.. disebabkan ini first time aku berkenalan dengan dreamweaver, so aku tak paham sangat mat salleh2 tu bincang pasal error code 405 ni. kebanyakan page yang aku jumpe dia suroh cek itu ini.tapi takde pon yang dapat selesaikan masalah org yg bertanyakan masalah tu.. ramai jugak yang hadapi masalah macam aku ni..

Alternatif lain, aku post lah soalan kat fb page learning dreamweaver ni. tapi ngk ni...




Dah 32 minit tpi xde sape komen pon.. T___T macam mane ni..bile dah ad masalah2 mcm ni mmg ler menambah stress aku. keje dah lah banyak.. hm..sabar jelah..tapi takdelah aku stress sampai mcam ni kan..









Adeh... ape-ape pon bende ni semua tetap tidak mematahkan semangat aku untuk dapat A untuk subjek ni. Misi semester ini: Mari mengumpul A!! Chaiyok!!!!

Saturday 22 September 2012

2nd Class Review: Perbandingan

Assalamualaikum


Sekarang sudah masuk minggu ke 2 mengikut kalendar akademik UTM.. Jadi hari selasa yang lepas, 18 September 2012, adalah kelas kedua untuk Authoring System ni.. Kelas bermula pada pukol 4 hingga 6.30 petang..

Untuk kelas kali ni, banyak ilmu baru yang saya pelajari. Tak rugi masuk kelas ni. Paling best bila dah mula berkenal-kenal dgn Dreamweaver. Sebab sebenarnye dah lama menyimpan angan-angan untuk belajar Dreamweaver ni. Cuma sebelom ni tiada kesempatan dan tiada yang sudi mengajar..hehe..Selain itu, kami belajar tentang perbandingan.hehe..macam kelakar je bagi tajuk perbandingan..huhuhu.. Jadi, 3 jenis perbandingan yang kami belajar ialah:


  1. Perbandingan antara website, web page dan portal.
  2. Perbandingan antara Static web site and Dynamic web site
  3. Perbandingan antara ASP and PHP.

Website, Web page dan Portal


Untuk perbandingan pertama, ketiga-tiga ni memang ade perbezaan yang ketara tapi saling berkaitan. Sebagai contoh, web site ialah satu laman web yang terdiri dari beberapa halaman atau page. Web page pula ialah sebuah laman web yang tidak mempunyai pautan untuk ke halaman lain. erm..kalau baca macam tu je macam susah nak paham kan?..Jadi mari saya bagi sedikit analogi. Untuk memudahkan pemahaman, saya analogikan web site sebagai sebuah buku, dan web page sebagai sehelai kertas. Nampak x? Website = buku, webpage = sehelai kertas. Sebuah website mempunyai beberapa halaman sebagai contoh, home, about, contact, directory, dan sebagainya.. Tapi untuk webpage pula, ia hanya ada satu halaman tunggal sahaja..

Untuk portal pula, portal ialah sebuah laman web yang lengkap yang menyediakan pautan kepada halaman-halaman lain, mengikut kategori masing-masing. Sebagai contoh yang cukup mudah, laman Yahoo.com



Dibahagian kiri halaman tersebut menyediakan beberapa kategori, iaitu games, dating, finance, news, real estate, dan banyak lagi.. Tapi ada juga portal yang lebih specialised pada 1 kategori sahaja, contohnya portal kesihatan, portal hiburan, portal pembelajaran dan lain-lain..

Static website and Dynamic website.


Dynamic website ni membolehkan pengguna untuk mengubah data dalam laman web tersebut. contohnye macam laman web yang jual barang online tu, forum online, dan sebagainya. Biasanya laman web dinamik memerlukan pengguna untuk 'log in' dahulu sebelum membuat sebarang perubahan. Laman web dinamik ini sesuai untuk laman web yang kerap melakukan ubahsuai kandungan.

Static website ialah laman web yang tidak menyediakan kemudahan untuk pengguna menukar data dalam web. Biasanya pengguna bertindak sebagai penerima maklumat yang pasif sahaja. Selain itu, laman web static mempunyai extension html atau htm.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai static dan dynamic website boleh ke sini.

ASP dan PHP

Dipendekkan cerita:
  • ASP
  1. Programming language: Visual Basic
  2. Server: Microsoft Server
  3. Costing: Windows dan IIS (harus dibeli)
  4. Database: MS-SQL
  5. Speed: Lambat sedikit dari PHP
  6. Tools: Harus beli tools tambahan lain.
  • PHP
  1. Programming language: C++ programming
  2. Server: Linux/ Unix
  3. Costing: Linux server (free)
  4. Database: MySQL
  5. Speed: Lebih pantas dari ASP
  6. Tools: Open source software (free)

Fuuhhhhh..... panjang betol enty kali ni..huhu.. selain untuk memenuhi tugasan kuliah, blog ini juga dibangunkan supaya dapat memberi maklumat untuk sesiapa yang datang melawat..Walaupun maklumat yang dikongsikan tu sikit, tapi at least skarang korang dah tahu kan ape beza website, webpage dan portal. Apa itu Static website dan Dynamic website, dan perbezaan antara ASP dan PHP.. Alhamdulillah..Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat untuk semua. Till next time guys, Bye... Owh ye. have a great weekends!


Tuesday 18 September 2012

Saya dan authoring..

Assalamualaikum...

Untuk entry yang pertama ni, eloklah saya mengenalkan diri saya. Nama saya Noor Izzati Ariff, seorang pelajar Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) di Fakulti Pendidikan UTM.. Jika hendak dibandingkan dengan kebanyakan rakan-rakan sekuliah yang lain, saya diantara pelajar-pelajar yang termuda. Yelah..kami (golongan pelajar-pelajar muda) ni belum konvo lagi pon..bulan Oktober ni, Insyallah secara rasminya kami akan diberi anugerah pengijazahan.. Alhamdulillah, hasil usaha keras selama 4 tahun, saya bakal dianugerahan Ijazah Kelas Pertam.. Jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan sekuliah lain yang lebih senior, malah sebahagian besar dari mereka telah mempunyai beberapa tahun pengalaman mengajar di sekolah, terasa diri ini terlalu mentah dan banyak yang perlu dipelajari..huhu.. Tapi itu semua bukan alasan untuk berjaya kan.. Pepatah arab ada mengatakan 'Man Jadda Wa Jadda' yang bermaksud, sesiapa yang berusaha, pasti akan berjaya.. Jadi, saya percaya kejayaan itu hak untuk semua orang yang rajin berusaha.. 

Blog ini dibangunkan untuk berkongsi pengalaman saya mempelajari 'Authoring System'. Salah satu subjek yang saya ambil semester ini.. Rasanye dalam banyak-banyak subjek yang saya ambil sem ni, inilah subjek yang paling banyak projek.. Tapi  takpe, saya suka belajar. Antara software yang akan digunakan untuk subjek ini ialah Adobe Dreamweaver dan Adobe Flash. Saya tiade pengalaman menggunakan Dreamweaver sebelom ni, dan tiada pengalaman menggunakan action script untuk Flash. Selepas kelas pertama bersama PM Dr. Zaidatun Tasir hari tu, terasa macam susahnye  subjek ni.. Tapi bile difikir-fikirkan, belom belajar, belom cube, memanglah kata susah..kalau saya tak belajar C++ dan Visual Basic pon mesti saya kata 2 benda itu susah.. tapi bile dah belajar, rasa macam best plak. Dapat A pulak tu.huhu.. Trime kasih yang tidak terhingga untuk Puan Norah yang bagi good impression untuk programming ni..hehe..

Oklah cukuplah untuk entry pengenalan. Semoga saya dan kawan-kawan berjaya mengharungi semester pertama untuk program sarjana ini dengan jayanya! Owh ye. Sem ini kami ambil 20 kredit! Ramai yang terkejut. 20 kredit ialah kredit maksimum untuk pelajar master full time. Memang mencabar. Tapi semangat kena kuat! I like to share a quote that really inspire me to work hard and challenge myself.


 Impossible is nothing!  Wish all of u the best in your life. Till next time. Have a good day everyone..