Sunday 16 December 2012

14th Class Review: Types of Interaction

Assalamualaikum..

Untuk minggu ke 14 ni kami belajar dengan Apps 4 which is about types of interaction in Flash. Interaction ni sesuai kita gunakan untuk bina exercise yg interactive untuk students. Untuk lihat hasil exercise untuk APPS 4 yang saya buat, boleh nengok dekat site ini. Kali ni xboleh paste video macam selalu tu sebab yang ni involve interaction from the user. Extension file pon dalam bentuk .swf.. Kat bawah ni saya ade ceritakan step untuk dapat interaction macam tu. Tapi ingat taw. The first time you open the flash file, masa nak buat file baru, pastikan awak pilih action script jenis 2.o ok...



Multiple Choice Question

Ini time line saya untuk hasilkan interaction multiple choice ni:



Steps untuk hasilkan interaction multiple choice question ni boleh rujuk di bawah ni. Kalau tak faham refer gambar k..

  1. Kat layer 'bg' tulis soalan awak dan letaklah background yang sesuai. Taip soalan dan senarai jawapan. Letak jugak awak punye button untuk setiap jawapan.
  2. Create new layer namakan layer tu as stop, dan kat frame pertama pada layer tu awak right click, select Actions dan taip action script ni: stop ();
  3.  Create layer correct respon dan pada frame ke 2 dalam layer tu, tuliskan respon yang sesuai untuk jawapan yang betul.
  4. Create layer wrong respon, dan pada frame ketiga dalam layer tu, tulis respon yang sesuai untuk jawapan yang salah.
  5. Ok.sekarang kite dah ade respon untuk jawapan betul dan salah, dan kite dah ade soalan dan jawapan. Sekarang kite nak beritahu flash, bile dy click button untuk jawapan salah, linkkan pada frame ketiga yang ade respon salah. Caranye, right click untuk button answer salah, select actions, than letak kod ni:   on (release) {
                                      gotoAndStop (3)
                                   }
  6.  Step tu untuk beritahu flash yang bile user click button untuk jawapan salah, flash akan pegi frame ketiga yang tunjukkan respon salah. Repeat the step untuk jawapan salah yang lain. Untuk jawapan yang betul, lakukan step yang sama, tapi gantikan no 3 dalam script kepada no 2.
  7. Nak tahu kene letak keyframe or blank keyframe untuk sesuatu frame bagi sesuatu layer tu, boleh refer picture atas k..
  8. Nak negok hasil boleh lah test movie macam biasa..
Klik sini untuk lihat hasilnya.



Text Entry Question

Untuk soalan text entry boleh refer pic ni:


Stepnye:
  1. Pada layer 'bg' tu letak soalan dan background.
  2. Create new layer namakan layer tu as stop, dan kat frame pertama pada layer tu awak right click, select Actions dan taip action script ni: stop ();
  3.  Create layer baru dan kat layer tu letak button untuk enter.
  4. Di layer yang sama letak text box dan setkan properties as input text. di kotak bawah yang berlabel var, setkan namanye sebagai 'answer'.
  5. Then, letak lagi satu text box, dan namakan var dy as 'respon' . Set properties as dynamic text. Dekat tepi word var tu ade kotak kecil untuk show/hide the text box. Untuk kali ni awak hidekan ok. So deselect icon ni.
  6. Make sure Auto kern properties is unchecked.
  7. Right klik pada button enter, select actions, dan taipkan actionscript ni: on (release) {if (answer eq "print client") {respon = "Correct!";}
    else {
     respon = "Incorrect, Your answer "+ answer +" is wrong";
     }
    }

    on (release, keyPress "<Enter>") {if (answer eq "print client") {respon = "Correct!";}
    else {
     respon = "Incorrect, Your answer "+ answer +" is wrong";
     }
    }
  8. Answer dan respon yang warna biru tu ialah nama yang awak letak kat kotak tepi var tadi. "print client" ialah answer yang betul untuk soalan ni. 
  9. Then, you are good to go!
Klik di sini untuk lihat hasilnya.


 Main Menu

Untuk main menu ni boleh refer pic bawah ni ok..


Stepnye:
  1. Pada layer bground tu, prepare background and letaklah buton2 yang berkaitan. Kat sini button home dan about akan di linkkan dengan scene lain dalam 1 fail flash yang sama. Button fanpage pulak akan di linkkan pada website lain.
  2. dekat button tu, renamekan instance dengan nama yang sesuai,  mcam home untuk home button. Ulang step yg sama untuk button yg lain. Namakan button tu sebagai about dan fanpage.
  3. Bile dah siap, pegi window--> other panel --> scene.
  4. Then, click duplicate icon yang ade kat bawah window scene tu.
  5. Di scene yang baru ni, ubah lah isi kandungannye. Scene yang baru ni kite namakannye aboutscene.
  6. Masukkan stop action script pada frame pertama pada layer button.
  7. Then, insert frame untuk semua layer sampai fram 15, untuk scene 1 dan scene 2.
  8. Pada scene about,  insert new layer-->name as about-->go to properties-->in the same field, type 'about'.
  9. Create new layer namakan layer tu as stop, dan kat frame pertama pada layer tu awak right click, select Actions dan taip action script ni: stop ();
  10. Linkkan button home kepada scene home. Caranye, masukkan action script pada button home. Action script: on (release) {
        gotoAndPlay("Scene 1", 1);
    }
  11. Scene 1 yang warna hijau tu refer kepada scene home. 1 kat sebelah tu pula ialah nombor frame yang kite nak start.
  12. Repeat step yang sama untuk linkkan scene home kepada scene about. Masukkan action script yang sama kpada button about di scene home. Gantikan "scene  1" pada action script kepada nama scene about.
  13. Untuk aktifkan button fanpage yang nak link kpada web site, masukkan actionscript ni pada button fanpage untuk kedua2 scene: on (release) {
        getURL("https://www.facebook.com/AuthorJuliaQuinn?fref=ts");
    }
  14. Ok. Dah siap. Klik sini untuk view ok.


 Drag and Drop Question

Ok. untuk drag and drop boleh refer sini ye..



Ok nengok timeline nampak mmg simple kan. senang nak faham. pokok tu ade pada layer tree, stiap apple ade layer sendiri, dan text tu pon ade layer sendiri. Apple tiga ketul tu ialah symbol dalam bentuk movie clip. Just click pada apple tu, masukkan action script ini untuk ketiga2 apple ye, 

on (press) {
    startDrag (this, false)
}
on (release) {
    stopDrag ();
}

ok. dah siap.itu saje..nak nengok hasilnye boleh klik sini ye

Ok.itu saje untuk kali ni. bye bye..












Saturday 8 December 2012

13th Class review: Animation

Assalamualaikum...

Untuk kelas kali ni, kami blajar menggunakan Apps 3: Creating Animation. Untuk membina animasi, kita perlu faham konsep symbol dulu. Symbol dalam flash ni ada 3 jenis, iaitu graphic, movie clip, dan button. Untuk lebih jelas tentang fungsi dan library, refer to this quote yg saya dah post dlm discussion di facebook hari tu..

"As my friends have stated earlier, library is use to store media that we wil re use again and again through out our flash project. the object that we dragged to the stage from the Library is not the original. it is a copy called an instance. If we drag a second copy of a graphic from the Library, we add a second instance on the stage. we can drag as many instances onto the stage as we like. As we do this, we DO NOT increase the overall file size of the movie.That is the main point of using the library. "

Untuk animasi pulak, ade 4 jenis. Untuk faham dengan lebih lanjut, boleh refer pada kenyataan saya yg sy beri kat discussion FB ari tu:

 " There are 4 types of animations which are motion tweening, shape tweening, motion guide and frame by frame.. Motion tweening is to do animation that involve movement like bouncing ball. Shape tweening is for animation like changing text to object, object to object,and image to image. Motion guide is for animation that move a long a guided path like a flying bird and a swimming fish. For frame by frame, i think it is suitable for action animation.the example animation is like a blinking eye and mouth movement. ^^ "

Untuk Aktiviti 3 kali ni, we are asked to produce all these 4 types of animation..the result is:


Motion Tweening

Untuk Motion Tweening, we are asked to create an animated bouncing ball that could change its positions, colours and size along the preferred timeline. This is the product of my animation by using motion tweening technique:



Sebab soalan minta nak tukar position, size and colours, so i just change all these 3 in each keyframe..


Shape Tweening

Untuk shape tweening ni, kami diminta untuk buat animasi dari text kepada objek. So inilah hasilnya..





 Tips penting untuk animation ni ialah we have to break apart tulisan tu twice..

Guided Motion

Untuk kali ni, sepatutnya kami diminta untuk buat animasi semut berjalan kluar dari lorong.. Tapi aku yang derhaka ni buat rama2 terbang hinggap ke bunga pulak..huhu..This is the result..




 This is the screenshot during the prooduction process:


Untuk animasi jenis ni, kite kene add motion guide pada layer butterfly tu. Bunga tu saya letak in a different layer supaya dia x mengganggu..


Frame by Frame 

Untuk frame by frame pulak, sebenarnye kami kene buat mulut beruang buka n tutop mulup.. Tapi sekali lagi saya menderhaka dengan hasilkan animasi binatang berjalan..hehe.. Here is the result..



And this is my screen shot during the process..



Huhu..alhamdulillah..kalau sebelum ni rasa tak suka flash sebab before ni trasa flash itu rumit, skarang dah boleh hasilkan animasi sendiri..hehe..

p/s: Ayah saya  kata animasi haiwan berjalan tu macam diorg tengah belumba lari..hehe..

Sunday 2 December 2012

12th Class Review: Tracing image

Assalamualaikum..

Untuk kelas kali ni, kami explore Flash dengan lebih mendalam lagi.. Kalau kelas minggu lepas Dr.zai bagi kami pinjam ipad, untuk klas minggu ni plak, Dr.zai bagi kami Wacom drawing tablet.. Kalau tak tahu drawing tablet tu ape, inilah rupanye..




Ha..jadi dengan adanye drawing tablet ni, melekis di Flash macam lukis kat kertas lah. Tapi nak guna drawing tablet ni pon kena ada skill taw.. Ade caranya macam mane nak letak pen tu, mcam mane nak gerakkan, n macam mana nak angkat pen tu dari tablet. Kalau tak, comot ler lukisan korang tu jadinye..huhu.. Setakat ni saya pon tak begitu mahir lagi guna drawing tablet ni.. It takes time.. InsyaAllah, bile ada kesempatan nanti saya akan cuba lukis guna drawing tablet ni dan upload kat blog ok. Biar lambat sikit, asalkan hasilnye berkualiti kan..huhu.. Till next time, Have a great day everyone!



Friday 23 November 2012

11th Class Review: Adobe Flash CS3 Professional

Assalamualaikum...

Untuk minggu ke 11 ni, kami dah start blajar Flash. Untuk subjek Flash ni, Dr.Zaida bagi kami pinjam ipad untuk blajar Flash menggunakan Apps yang dah diinstall dalam ipad tu. 2 orang kongsi 1 ipad. Saya dan kawan-kawan sgt excited sebab sblom ni xpernah pon blajar menggunakan ipad..yelah..nak beli sendiri pon blom mampu lagi.. Al maklumlah..student lah katakan..hehe..

Apps yang ade dalam ipad ni sgt membantu saya untuk refresh blik memori saya yg dah lama tinggal flash ni..Dulu blajar flash skejap je. N taw gune pon yg basic2 je..tutorial dlm apps tu sgt membantu sebab videonye jelas, suara jelas, guna bahasa inggeriss pon yang simple2 n mudah faham..Tahniah untuk Kak Farhana..hehe..merdu sungguh suaranya memberi tunjuk ajar melalui video tu..Interfacenye pon menarik..


Muka depan Apps 1


Muka depan Apps 2

Nengok tu..cantik tak cantiklah kan..budak tadika pon mesti terus minat nak blajar flash pasni after ngk interfacenye yg berwarna-warni..huhu..Antara tajuk2 yang ada dalam Apps 1 dan Apps 2 tu adalah seperti di dalam gmbar di atas ye.. 

Pendapat saya, jujurnya, ianya satu pendekatan yg menarik dan efektif. Jika nak dibandingkan time blajar dreamweaver dulu, blajar mmg laju. kalau boleh guna 2 2 belah tgn, 1 nk pgang mouse n ikut demo kat depan, 1 agi nak tulis nota utk step by step..huhu..tapi dgn adenye Apps ni, saya boleh blajar Apps ni ikut masa saya sendiri n ikut my own learning pace.. Dalam kelas pon rasa lebih relax dan x stress sebab aktiviti2 yang diberi dapat dilaksanakan dengan bantuan Apps ni.. Ape aktivitinye? meh sini nk tunjuk...



We are asked to draw and colour this image in Adobe Flash..


Hasilnye?


Taraaa....




hehe..cantik x? Oklah tu..ramai byk lagi hasil tgn kawan2 yg lagi cantik taw..Kalau nk nengok, silalah ke page Facebook kami..

Untuk gmbar kat atas ni mostly saya gunakan line tool untuk lukis. Cuma untuk payung tu saya guna polystar tool, dan untuk bola tu, saya guna oval primitive tool.. Untuk colouring process pulak, saya gunakan paint bucket tool..


Selain tu, we are also asked to draw cartoon images by using onion skin tool, and convert the cartoon to graphic symbol.. Onion skin tool is used to see the frame below the current frame. Its like we decrease the opacity of our current frame and make it transparent. This is my tracing product.. ^^




My cute little kambing..

Agak shaky sikit sbab guna pencil tool kan..so nampak x kemas sikit..kalau guna line tool mungkin lagi better..Untuk colouring process, disebabkan saya dh convert to symbol and dah simpan dalam library baru teringat nak colour, so saya tak bleh colour guna paint bucket tool.. Jadi ape yg saya buat ialah, saya guna brush untuk buat line kat keliling kawasan yang saya nak colourkan dengan paint bucket tool tu sebagai sempadan. Then barulah boleh saya simbah cat disitu..hehe..kalau nak colour guna brush je pon boleh.tapi macam leceh dan takut comot..hehe..

Oklah. Rasanya itu sahaja refleksi untuk kali ini.. Lepas ni nak study dreamweaver balik. Yelah..esok pkol 10 ade discussion untuk assignment dreamweaver dgn teammate. Cuti-cuti pon kene datang library.. Tak apelah.. Ini lah pengorbanan untuk mendapatkan ilmu.. Cewah! hihi.. Hopefully everything goes well..


Have a great weekend everyone! Assalamualaikum..

p/s: Sumber gambar 2 kat atas sekali tu dari blog Kak Wan. She explains a lot about the Apps. Do check it out!!

Thursday 15 November 2012

10th Class Review: Semester Break

Assalamualaikum..

Minggu ni Semester Break. So takde kelas. Boleh lah berehat sekejap.. Sebabnye, b4 cuti ari tu, berbondong-bondong assignment nak kne hantar. Hari2 tido lewat. aish..penat..







Need to relax..





Happy holiday everyone!


Wednesday 7 November 2012

9th Class Review: Last Class for Dreamweaver (Overall reflection)

Assalamualaikum..

Kelas ke 9 ni adalah kelas terakhir untuk Dreamweaver.. Sungguh pantas masa berlalu.. Seriously, master class is not a joke. Bile mengenang zaman degree dulu, blajar c++, Visual Basic, Authorware, memang blajar dari sikit, sikit, and gradually bru sampai tahap competence.. Tapi untuk klas master ni mmg mcm kilat balajarnye. huhu..Especially untuk beginners, yang tak de basic buat web, memang kena cepat catch up. Kehadiran saya pon full je. Sayang rasanye nak ponteng. kalau ponteng sehari tu, trasa macam akan ketinggalan satu bulan punye syllabus. huhu.. So even time my sister dah sakit nak bersalin, dah masuk labour room pon, i still come to the class. Tapi dalam class pon hati terkenang2 kat anak sedara yg bakal lahir..Dalam kelas dreamweaver tu jugaklah i dapat berita yg my sister dah selamat melahirkan baby perempuan..huhu..truslah berkongsi khabar gembira dgn kawan2 kat sebelah..hihi..

Ini lah dia Iman Humairah Binti Muhd Affzan.. Time ni dia baru berusia 5 hari.. Tapi dah pakai baju cantik2 sebab nak pegi bergambar untuk majlis konvokesyen saya..hehe..


Tapi Alhamdulillah, untuk setiap kelas, memang takde masalah nak follow. Kalau ade masalah pon ramai kawan2 yang boleh membantu, terutamanya kawan2 kelas. dengan adanya page Learning dreamweaver ni, segala masalah boleh dikongsikan dengan rakan2. Diorg pon mmg rajin bagi tunjuk ajar dan menjawab segala kemusykilan..mau nye idak.. Keaktifan anda di page itu membawa markah weh...hehe..

Jadi untuk kelas yg terakhir ni, kami blajar cara buat online survey.. Ni contoh online survey..

Online survey yg kami buat di dreamweaver guna kan radio button. Bile dah habis blajar, bolehlah buat projek kan..So Dr.zaida ade jugak bagi penerangan pasal projek yg kami kena buat ni.. Semoga berjaya buat projek dengan jayanya...


p/s: Rindu kat Iman Humairah.. Sebab sekarang ni diorg kat Shah Alam.. Kalau tak, dulu balik2 kelas je mata mesti cari dia. Nengok dia ngah wat ape..hehe..

Wednesday 31 October 2012

8th class review: Admin Oh Admin...

Assalamualaikum...

Untuk kelas ke lapan ni, kami blajar dengan lebih detail tentang ape yg admin boleh buat. So before tu, kite mestilah sediakan admin login page kan. Kalau sebelum ni, user kene register before login, tapi bagi admin, mereka ni mestilah tak payah register. kalau nak jadi admin ade registration page untuk admin, maka ramailah user yg register untuk jdi admin pulak nanti..hehe.. Jadi bagi admin, username dan passwordnye kita dah tetapkan dulu dalam database. So admin hanya perlu login dengan username dan password yg diberikan untuk sampai ke page admin. Kite juge boleh tetapkan level admin tu. Macam yg telah diterangkan di entri ini,  level admin yg berbeza boleh mempunyai level access yg berbeza. So, dekat phpmyadmin tu, kite boleh tetapkan value admin tu kepada 1, 2, atau 3..

Antara menu yg ada untuk admin ialah Insert User, View User, Edit User, Delete User, dan Logout.

Insert User
Untuk Insert User ni kite guna server behavior Insert record. Funsinye ialah untuk admin daftarkan user baru kepada laman web tu. Interfacenye lebih kurang macam registration page, cuma bezanya, admin yang tolong register untuk user..

View User
Bile menu 'View User' diklik, admin akan dibawa ke satu halaman yang ada senarai registered user. lyoutnye lebih kurg macam view contact sebelum ni..

Edit User
Edit user pulak, menu untuk admin edit profile user. Bahagian ni agak tricky sikit sebab dy ada main pass-pass URL parameter. Flownye begini. Bile admin klik pada menu edit user, admin akan dibawa ke satu halaman yang menyenaraikan semua nama registered user. Bile admin nak edit profile salah seorang pengguna, contohnya Ali, admin hanya perlu klik nama ali, dan admin akan dibawa ke satu halaman yang kluarkan semua details pasal Ali. Kat sini kite guna behavior Go To Detail Page. Bile dah sampai pada detail page pasal ali, admin boleh edit details Ali. Layout page ni, sama macam layout Insert User, cuma bahagian button di sini kite tukar daripada 'Submit" kepada 'Update data'. Then, dari textfield, kita tarik recordset. Kalau sebelum ini Insert User guna Insert record behavior sebab nak masukkan data dalam database, tapi di sini kite nak kluarkan data dari database. Sebab tu kite guna Recordset. Lepas tu kat sini kite guna server behavior 'Update Record'. Tapi kene berhati2. Konsep Update Record ialah menggantikan data di dalam database dengan data baru. Jadi semua field dalam table di database harus di matchkan dengan nak update dengan ape. So kalau field 'firstname' di dalam database kite matchkan dengan textfield 'firstname', dan seterusnya..tapi dalam databse kite ada field ID. Dekat dalam form dreamweaver mana ada textfield ID. So untuk ini kite kene add hidden field. Then untuk properties hidden field, kite setkan value dy dengan ID.. Then time update record, Id --> hidden field..

Delete User
delete user ni macam biasa, kite gunakan untuk delete user dari sistem kite. So kat sini kite guna behavior delete record.

Logout
Untuk logout ni kite gunakan User Authentication --> Log Out User..

Itu sahaja... Memang banyak info yang dapat dari kelas ni. Tapi malangnya ramai yang tak dapat hadir kelas ke 8 ni.. Tak tahulah nape.. Harap2nya dapatlah siapkan tugasan 1 berkumpulan ni dengan jayanya.....Tak maulah begini...







Biarlah begini....







^,^ v


Saturday 27 October 2012

7th class review: assignment PHP - security

Assalamualaikum...

Kelas pada minggu ke 7 telah ditangguhkan. Jadi entri kali ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman mennyiapkan assignment PHP security.. Alhamdulillah assignment dapat disiapkan sendiri..Walaupon ini assignment berkumpulan, tapi atas galakkan Dr.Zaida kami decide nak buat secara individu supaya masing-masing lebih faham..

Keseluruhannya takde masalah, cume kadang2 kalau ade problem tu sebab careless..tapi problemnye mmg x besar mana pon.. selepas diteliti memang termalu sendiri sebab its a silly mistake.. Contohnye, semasa saya baru create file, saya dah create form n everything, tibe masa nak set the server behaviour, the plus sign is inactive. Puaslah tekan banyak kali tpi tak dapat.. Rupa2nya sebab saya tak save lagi..hehe.. the file is still untitled. So mmg tak boleh lah nak set the server behavior..Bile saya dah save pada folder yang sepatutnye,  barulah ok..

Masalah kedua pula, bile saya dah siap login form n register form, login form saya bermasalah. Saya buat 3 table dalam database. 1 untuk register, 1 untuk contact form, n 1 untuk login form. Flownye sepatutnye begini. Bile pengguna dah register, dia kena login. kalau Login berjaya, dia akan dibawa ke contact form. Kalau login tidak berjaya, dia akan dibawa ke register form untuk register. Tapi, setiap kali saya try login asyik tak berjaya. Malah bile cek pada table database untuk login, kosong!  Hish3... tak bleh jadi ni..mesti ade problem ni.. Last2 bile saya compare dengan aktiviti yg dah dibuat di kelas, sepatutnye database ade 2 table sahaja. Tak perlu letak table Login. Untuk login page, we have to refer to the register page. Bile difikir2kan, logiknye mmg sepatutnye begitu..huhu..takpe2.. Another precious knowledge..

Do you know who is L.M. Montgomery? She was a  famous Canadian author in the 90s..
Thanks Mr. Google for the info. And Thanks to Lady Montgomey for the advice..


Itulah antara masalah yang saya hadapi.. Apa2 pon saya puas sebab dapat selesaikan assignment tu sendirian berhad.. Banyak ilmu yang saya belajar sebab assignment ni.. Betol lah kata Dr.zaida. Kelas ni kena banyak hands on n buat balik kat rumah. Kalau nak mengharapkan aktiviti di kelas je mmg tak bolehlah.. Kat kelas tu kite ikut je ape yg Dr.Zaida klik.. Kat rumah? ambik kau. tonggang terbalik...

Oklah. Nak pi makan rendang ni. Selamat Hari Raya Aidiladha ye!





6th class review: User Authentication

Assalamualaikum....

Untuk kelas yg ke-6 ni, kelas bermula agak lambat sikit sebab ramai yg keliru mcm mana nak masukkan projek site yg dah dibuat minggu lepas, ke dalam pc, n sambung projek tu. Sebenarnye caranye mudah je.

  1. Paste folder site anda ke dalam Local Disk C > xampp > htdocs
  2. Paste folder database anda ke Local Disk C > xampp > MySQL > data
  3. Create a new site dengan nama yg sama dengan nama folder site yg baru anda paste tadi.
Untuk minggu ni, kami belajar tentang User Authentication. Ade 4 jenis User Authentication:
  1. Log In User
  2. Restrict Access To Page
  3. Log Out User
  4. Check New Username
Log In User

Log in user membenarkan pengguna untuk log in dahulu sebelum mengakses kandungan web. Pengguna perlu memasukkan password dan username dengan betul. Namun sebelum itu, satu ruangan pendaftaran perlu dibuat untuk menyimpan data pengguna.

Restrict Access To Page

Function ini untuk mengehadkan visibility page tersebut kepada jenis pengguna. Admin boleh mengehadkan mengikut level of access atau username dan password. Contoh bagi penggunaan  function level of access, halaman maklumat peribadi semua pengunjung mungkin hanya boleh diakses oleh Admin pertama sahaja. Halaman statistik halaman yang paling kerap dikunjungi  mungkin boleh diakses oleh semua Admin, termasuk admin kedua dan ketiga.. Bagi function mengehadkan akses mengikut username dan password pula, hanya pembaca yang mendaftar masuk sahaja yang boleh mengakses halaman tersebut.

Check New Username

Function ini pula untuk digunakan semasa proses pendaftaran ahli baru. Admin boleh mengehadkan 1 username hanya boleh didaftarkan 1 kali sahaja. Jika ada  pengguna lain yang ingin mendaftarkan username yang sama, satu pesanan akan diberikan untuk memberitahu username tersebut tidak available dan sila daftarkan username yang baru..

Log out user belom belajar lagi. Kesimpulannya, dengan function User Authentication ni, laman web kita boleh jadi lebih dinamik, dan security website pon lebih terjamin..

Tuesday 16 October 2012

5th Class Review: PHP and MySQL

Assalamualaikum..

Untuk kelas yang kelima ni, kami belajar tentang PHP dan MySQL..Ok. kalau ASP guna kan Microsoft Access untuk databasenye, PHP gunakan MySQL untuk databasenye. Kedua jenis database ni sangatlah berbeza. Baik dari segi interface, sampailah kepada cara nak gunanya..huhu..

Tapi step yang berbeza hanyalah part nak connect dgn database. yang lain sumenye sama.. Kena create site, biua form, buat connection pada database, then insert record, record set, repeat region dan sebagainya...Untuk memastikan saya faham dan takde masalah dgn PHP ni, saya cube create balik form2 yang kami dah buat dalam kelas ari tu. Alhamdulillah berjaya..

Setakat ni xde dengar lagi kawan2 ade masalah guna PHP ngan MySQL ni..kecuali kawan saya yang sorang ni. Tak tahulah kenapa time nak bukak PHPMyAdmin tu, dia mintak current password. sedangkan bile orang lain install tak jadi mcm tu plak..Bile dia biarkan current password kosong and isi new password and confirm new password je, then ada error.. Hm..itu jelah masalah yang saya tak tahu lagi penyelesaian nye..Dah cube google tapi xjumpe lagi jawapannya..







hahaha... Till next time, Wassalam...

Sunday 7 October 2012

4th Class Review: Oh! Itulah rasanya!

Assalamualaikum..

Entri kali ni dah boleh gunakan 'saya' balik kerana emosi sudah stabil.hehe.. Mengapa? nanti saya ceritakan. Sekarang mahu cerita pasal kelas hari tu. Kelas ke-4. Disebabkan ramai yang ada masalah nak install IIS dan settlekan assignment pertama, Dr.Zaidatun ulang balik ape yang telah diajar pada minggu lepas. Ade 7 perkara utama yang kami belajar:

1. Set the Testing Server
Kerana kami tengah belajar ASP, so kite guna IIS as testing server. Cara install IIS utk windows XP and Windows 7 sgt berbeza. Untuk cek samaada komputer kita dah install IIS ke tidak, cek pada partition c komputer, and make sure ada Inetpub folder. Inetpub folder ni digenerate sendiri selepas install taw. Korang jangan wat new folder and rename as Inetpub plak.. It wont works..

2. Site
Site ni kena create dari dreamweaver. Pergi kat toolbar atas tu and click site and create new site. Biasakan 1 projek web, 1 site. So kalau kita ade nak buat 2 website, kite create lah 2 site.. Ada pahammm???

3. Database
Untuk database ni kite guna Microsoft Access. Tapi time save tu kena save as Microsoft Access 2000-2003. Sebab kite nakkan database kite tu ber-extension kan .mdb . File ni kite kena save kat dalam c://inetpub/wwwroot/data. Folder data tu kite kena create 1 folder baru kat dalam wwwroot tu untuk simpan sume data2 kite..Kalau tak nak namakan data pon boleh. Suka hati kamu lah nak namakan folder tu ape ye..

4. Connection
Connection tu untuk menghubungkan web site yang nak kite bangunkan dengan fail Access yang baru kite buat tadi.. Time nak setup connection ni fail Access yang kite buat tadi mesti tutup taw. Kalau tak confirm tak berjaya..

5. Create Form
Step seterusnye kena create form dekat dreamweaver tu. and jgn lupe letak button submit ok.

6. Insert Record
Insert record ni untuk kite setkan ape nilai yang user bagi, akan di insertkan ke dalam record (database) kite. 

7. Record Set
Record set ni untuk kite keluarkan balik database yang kite dah simpan tadi..

Ini sume secara ringkas sajalah ye. Nak details, kena lah amek kelas authoring kan..huhu..

Oklah. Sekarang nak cerita pasal sambungan cerita minggu lepas.hehhe..akhirnye berjaya juga saaya settlekan kerje itu. Perkara utama yang saya nak tekankan sebagai peringatan ialah, untuk windows 7, nak install IIS kena guna cara ni:




Sebenarnye caranye lebih kurang sama cumanya, untuk Windows 7, even kite dah select related  folder untuk install IIS, still ade lagi sub-sub folder di dalam folder besar tu yang tak diselect. So we need to open each folder and select isi2 dalamnye manually..Time saya install tu saya ingatkan dah install sume tp sebenarnye still ade lagi missing component yang tak diinstall..so sebab tu lah keluar Error Code 405: Method Not allowed...Ish..

One more thing, bile membina dynamic site, kite akan benarkan user masukkan data dan kite simpan dalam database kan? so perkara yang penting perlu diingat ialah kite kena set kan security untuk folder data/database supaya allow the user to write. Contohnye, if your profile on the computer is 'fatimah123', u have to make sure u setkan the security setting utk folder data/database (depends on the name u use. but it refers to the folder u store your MS Access file) allow u, 'fatimah123' the full control or to write on the folder..

Inilah 2 solution yang saya belajar dari masalah yang saya hadapi time buat assignment hari tu. It feels great bile akhirnye berjaya kluarkan semula data yang kite dah masukkan. Oh! Itulah rasanya! Perasaan apabila kita try to solve our problem dgn bermacam2 cara, n banyak try n error, cube google sini sana, akhirnye berjaya jugak. It feels great. Really great. At least lepas ni bile ada org yang face the same problem with me, i know where to check and how to solve it. Alhamdulillah..semoga tak menghadapi masalah untuk install xampp pulak lepas ni.



So before I end my post.. Here are some quote to ponder..







Albert Einstein is one of the people that I admired.. Have a great day everyone. May all of you find your happiness. ^^





Saturday 29 September 2012

3rd Class Review dan Error Code 405

Ok. Aku semangat nak cerita ni. Eh. assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan. Ari selasa yang lepas kelas 3 utk authoring system ni. Dalam masa hampir 3jam berterusan, kami belajar pasal install IIS, create site, setup database using MS Access, setup connection antara ASP ke database, setup ASP, Insert Record dan Record Set. disebabkan banyak yang perlu di pelajari, maka Dr.Zai pon kenalah ajar dengan agak laju. Walaupon laju, tapi dia tetap tunjuk step-by-step. So masih bleh follow. Tetapi bile banyak sangat yang dipelajari dalam satu kelas, aku rasa macam ilmu tu masuk-masuk-masuk-masuk. Tak sempat nak hadam 1, dah masuk-masuk-masuk-masuk lagi dan lagi dan lagi dan lagi..huhu..tapi memang patut pon. kelas master kena r blajar sendiri. tak bleh spoon feed mcm dulu lagi..

Tapi kerana jadual yang agak padat, hujung minggu ni barulah aku sempat nak install and setup segala bagai tu..mula2 ok. smooth je semua. tapi bile dah sampai nak setting up connection antara ASP dengan database tu dah jadi problem. dia keluar macam ni.



Aku dah cube macam2. cek balik address connection string, cek betol tak aku namakan file Access and aku dah ensure dy .mdb.. aku siap create site baru lagi taw. kot-kot lah..aku salah setup kan..tapi bile aku test lagi, mesti keluar lagi bende alah error code 405 ni.. tanpa putus asa aku google error code 405 for dreamweaver.. disebabkan ini first time aku berkenalan dengan dreamweaver, so aku tak paham sangat mat salleh2 tu bincang pasal error code 405 ni. kebanyakan page yang aku jumpe dia suroh cek itu ini.tapi takde pon yang dapat selesaikan masalah org yg bertanyakan masalah tu.. ramai jugak yang hadapi masalah macam aku ni..

Alternatif lain, aku post lah soalan kat fb page learning dreamweaver ni. tapi ngk ni...




Dah 32 minit tpi xde sape komen pon.. T___T macam mane ni..bile dah ad masalah2 mcm ni mmg ler menambah stress aku. keje dah lah banyak.. hm..sabar jelah..tapi takdelah aku stress sampai mcam ni kan..









Adeh... ape-ape pon bende ni semua tetap tidak mematahkan semangat aku untuk dapat A untuk subjek ni. Misi semester ini: Mari mengumpul A!! Chaiyok!!!!

Saturday 22 September 2012

2nd Class Review: Perbandingan

Assalamualaikum


Sekarang sudah masuk minggu ke 2 mengikut kalendar akademik UTM.. Jadi hari selasa yang lepas, 18 September 2012, adalah kelas kedua untuk Authoring System ni.. Kelas bermula pada pukol 4 hingga 6.30 petang..

Untuk kelas kali ni, banyak ilmu baru yang saya pelajari. Tak rugi masuk kelas ni. Paling best bila dah mula berkenal-kenal dgn Dreamweaver. Sebab sebenarnye dah lama menyimpan angan-angan untuk belajar Dreamweaver ni. Cuma sebelom ni tiada kesempatan dan tiada yang sudi mengajar..hehe..Selain itu, kami belajar tentang perbandingan.hehe..macam kelakar je bagi tajuk perbandingan..huhuhu.. Jadi, 3 jenis perbandingan yang kami belajar ialah:


  1. Perbandingan antara website, web page dan portal.
  2. Perbandingan antara Static web site and Dynamic web site
  3. Perbandingan antara ASP and PHP.

Website, Web page dan Portal


Untuk perbandingan pertama, ketiga-tiga ni memang ade perbezaan yang ketara tapi saling berkaitan. Sebagai contoh, web site ialah satu laman web yang terdiri dari beberapa halaman atau page. Web page pula ialah sebuah laman web yang tidak mempunyai pautan untuk ke halaman lain. erm..kalau baca macam tu je macam susah nak paham kan?..Jadi mari saya bagi sedikit analogi. Untuk memudahkan pemahaman, saya analogikan web site sebagai sebuah buku, dan web page sebagai sehelai kertas. Nampak x? Website = buku, webpage = sehelai kertas. Sebuah website mempunyai beberapa halaman sebagai contoh, home, about, contact, directory, dan sebagainya.. Tapi untuk webpage pula, ia hanya ada satu halaman tunggal sahaja..

Untuk portal pula, portal ialah sebuah laman web yang lengkap yang menyediakan pautan kepada halaman-halaman lain, mengikut kategori masing-masing. Sebagai contoh yang cukup mudah, laman Yahoo.com



Dibahagian kiri halaman tersebut menyediakan beberapa kategori, iaitu games, dating, finance, news, real estate, dan banyak lagi.. Tapi ada juga portal yang lebih specialised pada 1 kategori sahaja, contohnya portal kesihatan, portal hiburan, portal pembelajaran dan lain-lain..

Static website and Dynamic website.


Dynamic website ni membolehkan pengguna untuk mengubah data dalam laman web tersebut. contohnye macam laman web yang jual barang online tu, forum online, dan sebagainya. Biasanya laman web dinamik memerlukan pengguna untuk 'log in' dahulu sebelum membuat sebarang perubahan. Laman web dinamik ini sesuai untuk laman web yang kerap melakukan ubahsuai kandungan.

Static website ialah laman web yang tidak menyediakan kemudahan untuk pengguna menukar data dalam web. Biasanya pengguna bertindak sebagai penerima maklumat yang pasif sahaja. Selain itu, laman web static mempunyai extension html atau htm.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai static dan dynamic website boleh ke sini.

ASP dan PHP

Dipendekkan cerita:
  • ASP
  1. Programming language: Visual Basic
  2. Server: Microsoft Server
  3. Costing: Windows dan IIS (harus dibeli)
  4. Database: MS-SQL
  5. Speed: Lambat sedikit dari PHP
  6. Tools: Harus beli tools tambahan lain.
  • PHP
  1. Programming language: C++ programming
  2. Server: Linux/ Unix
  3. Costing: Linux server (free)
  4. Database: MySQL
  5. Speed: Lebih pantas dari ASP
  6. Tools: Open source software (free)

Fuuhhhhh..... panjang betol enty kali ni..huhu.. selain untuk memenuhi tugasan kuliah, blog ini juga dibangunkan supaya dapat memberi maklumat untuk sesiapa yang datang melawat..Walaupun maklumat yang dikongsikan tu sikit, tapi at least skarang korang dah tahu kan ape beza website, webpage dan portal. Apa itu Static website dan Dynamic website, dan perbezaan antara ASP dan PHP.. Alhamdulillah..Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat untuk semua. Till next time guys, Bye... Owh ye. have a great weekends!


Tuesday 18 September 2012

Saya dan authoring..

Assalamualaikum...

Untuk entry yang pertama ni, eloklah saya mengenalkan diri saya. Nama saya Noor Izzati Ariff, seorang pelajar Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) di Fakulti Pendidikan UTM.. Jika hendak dibandingkan dengan kebanyakan rakan-rakan sekuliah yang lain, saya diantara pelajar-pelajar yang termuda. Yelah..kami (golongan pelajar-pelajar muda) ni belum konvo lagi pon..bulan Oktober ni, Insyallah secara rasminya kami akan diberi anugerah pengijazahan.. Alhamdulillah, hasil usaha keras selama 4 tahun, saya bakal dianugerahan Ijazah Kelas Pertam.. Jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan sekuliah lain yang lebih senior, malah sebahagian besar dari mereka telah mempunyai beberapa tahun pengalaman mengajar di sekolah, terasa diri ini terlalu mentah dan banyak yang perlu dipelajari..huhu.. Tapi itu semua bukan alasan untuk berjaya kan.. Pepatah arab ada mengatakan 'Man Jadda Wa Jadda' yang bermaksud, sesiapa yang berusaha, pasti akan berjaya.. Jadi, saya percaya kejayaan itu hak untuk semua orang yang rajin berusaha.. 

Blog ini dibangunkan untuk berkongsi pengalaman saya mempelajari 'Authoring System'. Salah satu subjek yang saya ambil semester ini.. Rasanye dalam banyak-banyak subjek yang saya ambil sem ni, inilah subjek yang paling banyak projek.. Tapi  takpe, saya suka belajar. Antara software yang akan digunakan untuk subjek ini ialah Adobe Dreamweaver dan Adobe Flash. Saya tiade pengalaman menggunakan Dreamweaver sebelom ni, dan tiada pengalaman menggunakan action script untuk Flash. Selepas kelas pertama bersama PM Dr. Zaidatun Tasir hari tu, terasa macam susahnye  subjek ni.. Tapi bile difikir-fikirkan, belom belajar, belom cube, memanglah kata susah..kalau saya tak belajar C++ dan Visual Basic pon mesti saya kata 2 benda itu susah.. tapi bile dah belajar, rasa macam best plak. Dapat A pulak tu.huhu.. Trime kasih yang tidak terhingga untuk Puan Norah yang bagi good impression untuk programming ni..hehe..

Oklah cukuplah untuk entry pengenalan. Semoga saya dan kawan-kawan berjaya mengharungi semester pertama untuk program sarjana ini dengan jayanya! Owh ye. Sem ini kami ambil 20 kredit! Ramai yang terkejut. 20 kredit ialah kredit maksimum untuk pelajar master full time. Memang mencabar. Tapi semangat kena kuat! I like to share a quote that really inspire me to work hard and challenge myself.


 Impossible is nothing!  Wish all of u the best in your life. Till next time. Have a good day everyone..